Umrah

Umrah

Tuesday, July 3, 2012

2 Persediaan Awal Surat Kebenaran Hospital

Persediaan yang paling penting untuk membawa ibu saya ialah 

1) Cari Travel Agency yg berpengalaman
2) Dekat dengan Lokasi anda
3) Bukan kaki kapur 
4) Dan lain - lain

Tapi yang paling penting ialah dapatkan Surat Kebenaran Hospital Tempatan yang merawat pesakit tersebut. Ibu saya buat Hemodialisis di Pusat Rawatan Swasta Muar tetapi segala rujukkan mesti rujuk kepada hospital Kerajaan di Hospital Pakar Tun Aminah Muar, Johor. Nak dapatkan surat kebenaran tu pun bercinta juga...  Setakat telepon.. Huh.. bolayan la..

Bulan lepas saya balik Muar kerana sepatutnya saya dapat surat kebenaran ( memo aje ). Itu pun tak siap lagi Dah 2 minggu. Saya terpaksa merayu  kat nurse tu.." kesian la kat saya ni .. kak, saya ni balik dari  Putrajaya semata-mata nak ambik surat ni aje... " dengan penuh muka kesian saya merayu... "Bas stop ni jauh la pulak kat depan sana"  saya tambah lagi

Dengan penuh muka kesian , Kak Nurse tu pun berjanji akan cuba siapkan esok pagi... kena tenggok doktor jugak.. Kadang-kadang nurse ni pun cuma jadi orang tengah aje dlm bab hal mcm ni. 

Pada keesokan harinya hari yang ditunggu, selepas dapat surat kebenaran tu, saya mengucapkan ribuan berterima kasih kat kak nurse tu...


Bila saya nak balik..tiba-tiba kak nurse tu panggil saya dan menegur dari belakang saya... Hai dik,  Cantik keta Hidbrid ... naik keta ke Bus Stop ke...? Alamak Kantoi...!

Sebenarnya yang power ialah Cop dan tanda tangan doktor tu...

Surat Kebenaran / Memo Rawatan Oleh Hospital Muar




No comments:

Post a Comment