Umrah

Umrah

Tuesday, July 3, 2012

3 Persediaan Anda & Travel Agency

Salam . Persediaan seterusnya

Persediaan yang anda lakukan terutamanya bagi yang membawa pesakit buah pinggang yg perlu dialisis dan berkerusi roda.

Memo/Surat Kebenaran Hospital 
Perlu dihantar ke Travel Agency utk proses ... AWAL. Pastikan anda follow up dgn travel agency, takut dia kata... "alamak lupa! ".... haru kita...

Pasport. 


Tarikh tamat sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum penerbangan. Passport kena serah kepada Travel agency utk permohonan Visa. Pastikan anda buat salinan passport bahagian yang ada gambar dan cop syarikat untuk bukti penyerahan.. mana la tau depa hilang.. ada bukti yang kita dah bagi.

Suntikkan Vaksin
Kalau boleh dapatkan suntikkan 1 bulan lebih awal. Kos Klinik swasta RM130 , Hospital Kerajaan RM5 aje tapi kena beratur..Jika stok masih ada. Lepas suntik, klinik akan bagi Kad suntikkan vaksin. Kad ini diserahkan ke Travel agency utk apply visa

Gambar Visa      
2 keping, background putih... 

Krusus Umrah
Pastikkan lokasi dan situasi tempat krusus. Kes saya , krusus umrah di nilai N9, di tingkat 3 pulak tu..! , tak da lif... Gilerr. Takkan nak angkat. Alhamdulillah tumpang krusus agency lain yg buat dirumah Ustaz Parit Nipah, Parit Jawa Muar. Pastikkan salam kaut la sikit. Ustaz tu bagi air teh, karipap pun kos juga ..    kan..kan...

Kalau boleh hadir krusus umrah 2 kali atau lebih. terutamanya bagi yang kali pertama..

Gambar contoh Visa


Standard Gambar VISA


No comments:

Post a Comment