Umrah

Umrah

Monday, July 23, 2012

6 Dialisis Center Di Madinah

Salam..


Dialisis di Madinah boleh dilakukan di King Abdul Aziz Kidney Center. Ia berada di dalam area King Fadh Hospital , Madinah... Dari segi layanan, doktor Madinah lebih mesra , bahasa yang lembut dan lebih peramah. Dari segi service, sama aje dengan Mekah... 


Ibu saya hanya buat sekali rawatan di sini kerana rombongan kami hanya 4 hari di Madinah. Kebiasaannya jumlah hari ziarah di  Madinah lebih pendik dan kebanyakkan jamaah mahu lebih banyak hari di Mekah.

Dokument :

Dokument masih menggunakan dokumen yang sama. Passport, surat rujukkan doktor dari malaysia, 

Transport :

Boleh ambil teksi dalam RS10 ~ 15 aje. Jarak 14km sahaja tetapi jangan lupa bawa kad alamat Hotel. Majoriti pak arab x tahu bahasa lain selain bahasa arab. Alangkah lebih bijak jika bawa kad hotel. Tunjuk aje kat Pak Arab tu dan tawar harga. Saya terlupa, nasib baik ada Pak Arab celup ( Indonesia) boleh tolong. Teksi ke.. prebet sapu ke.sama aje.. belasah aje... 

Infor lain :

Bagi mereka yang mempunyai tambahan seperti Hipertaitis B dan lain-lain , Mesin Dialisis untuk kes ini hanya ada 4 unit sahaja.Mesin untuk kes bisasa banyak le... Jadi jika merancang awal adalah lebih baik. kalau tak, menunggu seharian seperti saya le...



Aku Menunggu... Maut gila...


King Abdul Aziz Kidney Center

Bangunan Lama .. Bersebelahan bangunan baru

Lokasi Kidney Center 
Map King Fadh Hospital


No comments:

Post a Comment